Wednesday, March 18, 2009

PLAN PEMASARAN

7.0 PELAN PEMASARAN

GTZ ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat pembekal yang menyediakan perkhidmatan bukan sahaja bertumpu kepada pengambilan tender-tender kerajaan dan swasta, tetapi juga merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam mempromosikan barangan buatan tempatan yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha bumiputera. Selain itu kami juga bertanggungjawab untuk membantu pihak-pihak berkenaan dalam menyediakan bahan-bahan asas dalam perniagaan dan juga pembelajaran.

GTZ ENTERPRISE merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan dan bekalan bahan yang dijamin kualitinya. Kami memilih konsep keselesaan pelanggan dimana pelanggan kami hanaya akan dibekalkan dengan bahan yang dijamin baik kualitinya. Syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan dari barisan pekerja-pekerja pakar yang terlatih dan mampu memberi kepuasan maksimum dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kepada pelanggan-pelangan kami. Bagi memastikan kepuasan pelanggan kami, GTZ Enterprise telah menawarkan dua jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan penyelenggaraan dan juga pembekalan.

No comments:

Post a Comment