Wednesday, March 18, 2009

PASARAN

9.0 LINGKUNGAN PASARAN

GTZ ENTERPRISE menjangkakan lingkungan pasaran sebanyak RM 25000 sebulan. Jumlah ini diterima meliputi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan iaitu RM10000 sebulan daripada kerja-kerja membekal, dan selebihnya adalah daripada kerja-kerja perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami yang terdiri daripada pihak-pihak swasta dan juga badan-badan berkanun kerajaan Malaysia.

GTZ ENTERPRISE mempunyai potensi untuk menjana keuntungan yang lebih dalam jangka masa setahun kepada RM 100,000. Sebelum memasuki potensi keuntungan penuh yang dijangkakan, perniagaan ini mengambil kira risiko dan juga pesaingan yang perlu dihadapi oleh setiap syarikat yang baru ditubuhkan. Dengan adanya saingan yang merupakan barisan syarikat-syarikat yang telah lama didalam bidang ini dan lebih dikenali pelanggan, GTZ Enterprise hanya dapat menjangkakan keuntungan sebanyak RM 80,000 setahun. Tetapi dengan ketekunan dan kegigihan kakitangan GTZ Enterprise, keuntungan kini meningkat dari masa ke semasa. Berdasarkan hasil yang diperlihatkan sebagai kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan, GTZ Enterprise kini yakin akan dapat menjana keuntungan yang lebih lagi pada masa akan datang,

No comments:

Post a Comment