Wednesday, March 18, 2009

kekuatan dan kelebihan

11.0 KEKUATAN / KELEBIHAN GTZ ENTERPRISE

GTZ ENTERPRISE terdiri daripada kakitangan yang berkaliber dalam melakukan tugasa ynag diberikan, ini kerana kami mementingkan kepuasan hati pelanggan kami. Ini merupakan faktor utama kepada kejayaan syarikat kami. Dengan ini juga ia menjadi kekuatan dalam syarikat kami untuk bersaing dengan lebih berani.

Selain itu, GTZ Enterprise juga mempunyai kekuatan dari segi perniagaan yang dijalankan. Kami memilih konsep perniagaan perkhidmatan dan pembekalan terus kepada pelanggan kami bagi memastikan pelanggan kami bepuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan dengan cepat dan berkualiti. Ini adalah kekuatan syarikat kami yang boleh dikatakan berbeza sedikit dengan pesaing kami.

Kekuatan syarikat kami juga dapat ditonjolkan dengan penggunaan teknologi internet sebagai salah satu strategi pemasaran syarikat kami. Menerusi pemasaran melalui internet kami dapat memperluaskan lagi skop kesedaran pelanggan kami kepada penubuhan syarikat kami. Penggunaan E-mail juga memudahkan kami untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan kami. Sebarang pemasalahan dapat dirujuk kepada kami secara terus dan pantas melalui E-mail.

No comments:

Post a Comment