Wednesday, March 18, 2009

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN PERNIAGAAN

GTZ ENTERPRISE adalah sebuah syarikat persendirian yang mula ditubuhkan pada 15 Januari 2008, merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf oleh kerjaan Malaysia sebagai sebuah syarikat yang bertaraf bumiputera. Syarikat ini telah beroperasi berasaskan usaha gigih kakitangan syarikat ini sendiri yang terdiri daripada barisan pengurus-pengurus yang berdedikasi dan berpengalaman dalam bidang kontraktor, pembekalan dan perkhidmatan. Barisan ini merangkumi bahagian Pengurusan, Pentadbiran, Kewangan dan bahagian Pengoperasian syarikat ini sendiri.

GTZ ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan atas tujuan untuk memenuhi hasrat Kerajaan Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020, di mana syarikat-syarikat bumiputera mampu untuk bersaing dalam meningkatkan taraf ekonomi Negara Malaysia kepada satu peringkat yang bertaraf dunia. Walaupun GTZ ENTERPRISE ini merupakan syarikat yang baru ditubuhkan, dengan semangat dan tekad yang kuat daripada warga GTZ ENTERPRISE ini sendiri, kami percaya bahawa syarikat ini mampu untuk pergi dengan lebih jauh dan menjadi antara pesaing hebat kepada syarikat-syarikat pembekal lain yang terdpat di Malaysia.

GTZ ENTERPRISE menumpukan perhatian yang lebih dalam kerja-kerja pengambilan tender-tender kontraktor, pembekalan bahan pengurusan pejabat dan juga menawarkan perkhidmatan pembersihan kepada pelanggan yang terdiri daripada pihak kerajaan mahupun pihak-pihak swasta. Kepuasan pelanggan menjadi nadi utama dan penggerak kepada kejayaan GTZ ENTERPRISE.

Semenjak GTZ ENTERPRISE mula menceburkan diri dalam arena perniagaan, warga GTZ ENTERPRISE telah mula mengatur langkah yang lebih yakin dan berdedikasi untuk membawa syarikat ini ke peringkat yang lebih tinggi standing dengan syarikat-syarikat bumiputera yang lain. Kami percaya, dengan kemampuan dan pengalaman yang ada pada warga GTZ ENTERPRISE ini sendiri, kami mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan membanggakan.

No comments:

Post a Comment