Wednesday, March 18, 2009

PELAN PENTADBIRAN

2.0 PELAN PENTADBIRAN

• Visi perniagaan
Visi perniagaan kami adalah untuk menjadi salah sebuah syarikat usahawan yang berjaya dalam bidang kontraktor dan pembekalan bahan pengurusan pejabat dan juga memberi perkhidmatan terbaik yang dapat memberi kepuasan dan memenuhi keinginan dan impian pelanggan-pelanggan kami.

• Misi perniagaan
Misi perniagaan kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor dan pembekal yang terkenal di kalangan syarikat kontraktor yang lain di dalam jangka masa lima tahun yang akan datang.

• Objektif penubuhan syarikat
Untuk meluas, mengembang dan mempelbagaikan lagi skop perniagaan dalam bidang pembekalan , perkhidmatan dan penerimaan tender-tender kontraktor kerajaan dan swasta. Wujudnya kami dalan arena perniagaan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan, bekalan dan mutu kerja yang terbaik bagi memenuhi keinginan dan kepuasan hati pelanggan kami. Dalam untuk mencapai taraf persembahan mutu kerja terbaik dan menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing, kami perlu memastikan kualiti perkhidmatan dan bekalan yang diberikan menepati citarasa dan keinginan pelanggan kami.

No comments:

Post a Comment