Wednesday, March 18, 2009

SASARAN PERNIAGAAN

10.0 SASARAN PERNIAGAAN

Berdasarkan daripada analisa yang telah kami jalankan, kami mendapati sasaran terbaik bagi menjana keuntungan yang lebih adalah dari organisasi swasta dan badan-badan berkanun dari pihak kerajaan. Di antara sasaran pertama kami adalah pihak-pihak yang menawarkan jenis perniagaan perkhidmatan kepada pelanggan mereka, seperti pengusaha hotel dan juga pusat-pusat peranginan. Selain itu, pihak swasta dan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan penyediaan tempat tinggal seperti penyediaan asrama kepada pelajar dan pekerja juga merupakan sasaran perniagaan kami.

Sasaran kedua adalah terdiri daripada badan-badan berkanun yang terdiri daripada pihak-pihak yang memerlukan perkhidmatan penghantaran bahan bantu mengajar dan bahan-bahan mentah kering. Selain itu kami juga menyasarkan pekhidmatan kepada pihak komuniti yang mengharapkan perkhidmatan pembersihan kawasan dan sebagainya. Sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kami iaitu seperti perkhidmatan penyelengaraan terhadap kawalan serangga perosak, mencuci bangunan, dan juga kerja-kerja perkhidmatan mengangkat sampah.

GTZ Enterprise juga menitik beratkan keselamatan pelangga-pelanggan kami, dimana kami juga menyasarkan perkhidmatan kami kepada pihak-pihak swasta dan kerajaan dengan perkhidmatan penyelenggaraan alat dan sistem cegah kebakaran.

No comments:

Post a Comment