Wednesday, March 18, 2009

PROFIL SYARIKAT


NO RUJUKAN

SA0075035-U

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Perniagaan

2.0 Pelan Pentadbiran

3.0 Maklumat Perniagaan

4.0 Jenis Perniagaan

5.0 Profil Pemilik

6.0 Carta Organisasi

7.0 Pelan Pemasaran

8.0 Diskripsi Perniagaan

9.0 Lingkungan Pasaran

10.0 Sasaran perniagaan

11.0 Kekuatan / Kelebihan Gtz Enterprise

12.0 Penyata Bank

13.0 Lampiran Sijil

14.0 Lampiran Perniagaan

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN PERNIAGAAN

GTZ ENTERPRISE adalah sebuah syarikat persendirian yang mula ditubuhkan pada 15 Januari 2008, merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf oleh kerjaan Malaysia sebagai sebuah syarikat yang bertaraf bumiputera. Syarikat ini telah beroperasi berasaskan usaha gigih kakitangan syarikat ini sendiri yang terdiri daripada barisan pengurus-pengurus yang berdedikasi dan berpengalaman dalam bidang kontraktor, pembekalan dan perkhidmatan. Barisan ini merangkumi bahagian Pengurusan, Pentadbiran, Kewangan dan bahagian Pengoperasian syarikat ini sendiri.

GTZ ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan atas tujuan untuk memenuhi hasrat Kerajaan Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020, di mana syarikat-syarikat bumiputera mampu untuk bersaing dalam meningkatkan taraf ekonomi Negara Malaysia kepada satu peringkat yang bertaraf dunia. Walaupun GTZ ENTERPRISE ini merupakan syarikat yang baru ditubuhkan, dengan semangat dan tekad yang kuat daripada warga GTZ ENTERPRISE ini sendiri, kami percaya bahawa syarikat ini mampu untuk pergi dengan lebih jauh dan menjadi antara pesaing hebat kepada syarikat-syarikat pembekal lain yang terdpat di Malaysia.

GTZ ENTERPRISE menumpukan perhatian yang lebih dalam kerja-kerja pengambilan tender-tender kontraktor, pembekalan bahan pengurusan pejabat dan juga menawarkan perkhidmatan pembersihan kepada pelanggan yang terdiri daripada pihak kerajaan mahupun pihak-pihak swasta. Kepuasan pelanggan menjadi nadi utama dan penggerak kepada kejayaan GTZ ENTERPRISE.

Semenjak GTZ ENTERPRISE mula menceburkan diri dalam arena perniagaan, warga GTZ ENTERPRISE telah mula mengatur langkah yang lebih yakin dan berdedikasi untuk membawa syarikat ini ke peringkat yang lebih tinggi standing dengan syarikat-syarikat bumiputera yang lain. Kami percaya, dengan kemampuan dan pengalaman yang ada pada warga GTZ ENTERPRISE ini sendiri, kami mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan membanggakan.

PELAN PENTADBIRAN

2.0 PELAN PENTADBIRAN

• Visi perniagaan
Visi perniagaan kami adalah untuk menjadi salah sebuah syarikat usahawan yang berjaya dalam bidang kontraktor dan pembekalan bahan pengurusan pejabat dan juga memberi perkhidmatan terbaik yang dapat memberi kepuasan dan memenuhi keinginan dan impian pelanggan-pelanggan kami.

• Misi perniagaan
Misi perniagaan kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor dan pembekal yang terkenal di kalangan syarikat kontraktor yang lain di dalam jangka masa lima tahun yang akan datang.

• Objektif penubuhan syarikat
Untuk meluas, mengembang dan mempelbagaikan lagi skop perniagaan dalam bidang pembekalan , perkhidmatan dan penerimaan tender-tender kontraktor kerajaan dan swasta. Wujudnya kami dalan arena perniagaan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan, bekalan dan mutu kerja yang terbaik bagi memenuhi keinginan dan kepuasan hati pelanggan kami. Dalam untuk mencapai taraf persembahan mutu kerja terbaik dan menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing, kami perlu memastikan kualiti perkhidmatan dan bekalan yang diberikan menepati citarasa dan keinginan pelanggan kami.

MAKLUMAT SYARIKAT


1.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN


Nama Syarikat : GTZ ENTERPRISE

No. Pendaftaran : SA0075035-U

No. Rujukan Pendaftaran : 357-02098480

Tarikh mula berniaga : 14 / 01 / 08

Tarikh mula didaftarkan : 15 / 01 / 08

Tarikh perubahan : 28 / 04 / 08

Alamat perniagaan : 24A, Jalan Timun 24E, Seksyen 24,

40300 Shah Alam Selangor

Taraf perniagaan : Bumiputera

Bentuk perniagaan : Pemilikan tunggal

No. telefon (O) : 03-55418908

E-mail : hz_gtzenterprise@yahoo.com

KOD & JENIS PERNIAGAAN

1.0 JENIS PERNIAGAAN

No.

Kod Bidang

Bidang

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

010201

020300

070100

070200

080300

220101

220301

220401

220402

220403

Alat tulis

Perkakas elektrik

Peralatan / pakaian sukan

Cenderamata dan hadiah

Makanan mentah kering

Alat hawa dingin (window / split)

Kawalan serangga perosak / anti termite bangunan

Mencuci bangunan

Membersih kawasan

Mengangkat sampah

Bidang tambahan :-

No.

Kod Bidang

Bidang

11

12

13

14

15

16

17

18

19

020101

020500

030100

040200

050200

100200

140100

220450

220803

Perabut

Peralatan pencucian & pembersihan

Alat dan sistem cegah kebakaran

Alat bantuan mengajar

Pakaian dan kelengkapan

Kelengkapan makmal

Bahan binaan

Mencuci kolam renang

Hiasan jalan / kawasan

PROFIL PEMILIK

1.0 PROFIL PEMILIK

Jawatan : Pemilik tunggal / Pengarah

Nama pemilik : Zulsubha Bin Abdullah

No. K/P : 821110-11-5739

Warna : Biru

Warganegara : Malaysia

Bangsa : Melayu

Jantina : Lelaki

Alamat : B56, Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit

21020 Kuala Terengganu

Alamat S/menyurat : 24A, Jalan Timun 24E, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No. telefon (O) : 03-55418908

No. telefon (hp) : HILANG

Email : Mempis_saksana@yahoo.com

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI




PEMILIK TUNGGAL / PENGURUS

EN ZULSUBHA ABDULLAH



PEGAWAI PENTADBIRAN

EN ZULASRAF B ZULKEFLI



PEGAWAI KEWANGAN

CIK ZULAIKHA BT ZULKEFLI



PEGAWAI PEMASARAN
EN MUSA BIN MOHAMMAD


PEGAWAI OPERASI

EN AZLAN BIN YUSOF



6 PEKERJA AM

1) APEK

2) HAFIZ

3)HANIF

4)AKHBAR

5) SYED

6) AZROL


PLAN PEMASARAN

7.0 PELAN PEMASARAN

GTZ ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat pembekal yang menyediakan perkhidmatan bukan sahaja bertumpu kepada pengambilan tender-tender kerajaan dan swasta, tetapi juga merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam mempromosikan barangan buatan tempatan yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha bumiputera. Selain itu kami juga bertanggungjawab untuk membantu pihak-pihak berkenaan dalam menyediakan bahan-bahan asas dalam perniagaan dan juga pembelajaran.

GTZ ENTERPRISE merupakan sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan dan bekalan bahan yang dijamin kualitinya. Kami memilih konsep keselesaan pelanggan dimana pelanggan kami hanaya akan dibekalkan dengan bahan yang dijamin baik kualitinya. Syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan dari barisan pekerja-pekerja pakar yang terlatih dan mampu memberi kepuasan maksimum dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kepada pelanggan-pelangan kami. Bagi memastikan kepuasan pelanggan kami, GTZ Enterprise telah menawarkan dua jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan penyelenggaraan dan juga pembekalan.

PECAHAN BIDANG PERNIAGAAN

8.0 DISKRIPSI PERNIAGAAN

GTZ ENTERPRISE telah menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami, dimana tanggungjawab utama kami adalah untuk membekal, dan memberi perkhidmatan berkaitan dengan kontrak dan tender-tender daripada kerajaan dan juga pihak swasta. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah kerja-kerja seperti berikut,

Pembekalan :-
• Alat tulis (tidak termasuk borang / kertas komputer)
• Perkakas elektrik
• Peralatan / pakaian sukan
• Cenderamata dan hadiah
• Makanan mentah kering
• Perabut
• Peralatan pencucian & pembersihan
• Alat bantuan mengajar
• Pakaian dan kelengkapan
• Kelengkapan makmal
• Bahan binaan

Penyelenggaraan :-
• Alat hawa dingin (window / split)
• Kawalan serangga perosak / anti termite bangunan
• Mencuci bangunan
• Membersih kawasan
• Mengangkat sampah
• Alat dan sistem cegah kebakaran
• Mencuci kolam renang
• Hiasan jalan / kawasan

PASARAN

9.0 LINGKUNGAN PASARAN

GTZ ENTERPRISE menjangkakan lingkungan pasaran sebanyak RM 25000 sebulan. Jumlah ini diterima meliputi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan iaitu RM10000 sebulan daripada kerja-kerja membekal, dan selebihnya adalah daripada kerja-kerja perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami yang terdiri daripada pihak-pihak swasta dan juga badan-badan berkanun kerajaan Malaysia.

GTZ ENTERPRISE mempunyai potensi untuk menjana keuntungan yang lebih dalam jangka masa setahun kepada RM 100,000. Sebelum memasuki potensi keuntungan penuh yang dijangkakan, perniagaan ini mengambil kira risiko dan juga pesaingan yang perlu dihadapi oleh setiap syarikat yang baru ditubuhkan. Dengan adanya saingan yang merupakan barisan syarikat-syarikat yang telah lama didalam bidang ini dan lebih dikenali pelanggan, GTZ Enterprise hanya dapat menjangkakan keuntungan sebanyak RM 80,000 setahun. Tetapi dengan ketekunan dan kegigihan kakitangan GTZ Enterprise, keuntungan kini meningkat dari masa ke semasa. Berdasarkan hasil yang diperlihatkan sebagai kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan, GTZ Enterprise kini yakin akan dapat menjana keuntungan yang lebih lagi pada masa akan datang,

SASARAN PERNIAGAAN

10.0 SASARAN PERNIAGAAN

Berdasarkan daripada analisa yang telah kami jalankan, kami mendapati sasaran terbaik bagi menjana keuntungan yang lebih adalah dari organisasi swasta dan badan-badan berkanun dari pihak kerajaan. Di antara sasaran pertama kami adalah pihak-pihak yang menawarkan jenis perniagaan perkhidmatan kepada pelanggan mereka, seperti pengusaha hotel dan juga pusat-pusat peranginan. Selain itu, pihak swasta dan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan penyediaan tempat tinggal seperti penyediaan asrama kepada pelajar dan pekerja juga merupakan sasaran perniagaan kami.

Sasaran kedua adalah terdiri daripada badan-badan berkanun yang terdiri daripada pihak-pihak yang memerlukan perkhidmatan penghantaran bahan bantu mengajar dan bahan-bahan mentah kering. Selain itu kami juga menyasarkan pekhidmatan kepada pihak komuniti yang mengharapkan perkhidmatan pembersihan kawasan dan sebagainya. Sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kami iaitu seperti perkhidmatan penyelengaraan terhadap kawalan serangga perosak, mencuci bangunan, dan juga kerja-kerja perkhidmatan mengangkat sampah.

GTZ Enterprise juga menitik beratkan keselamatan pelangga-pelanggan kami, dimana kami juga menyasarkan perkhidmatan kami kepada pihak-pihak swasta dan kerajaan dengan perkhidmatan penyelenggaraan alat dan sistem cegah kebakaran.

kekuatan dan kelebihan

11.0 KEKUATAN / KELEBIHAN GTZ ENTERPRISE

GTZ ENTERPRISE terdiri daripada kakitangan yang berkaliber dalam melakukan tugasa ynag diberikan, ini kerana kami mementingkan kepuasan hati pelanggan kami. Ini merupakan faktor utama kepada kejayaan syarikat kami. Dengan ini juga ia menjadi kekuatan dalam syarikat kami untuk bersaing dengan lebih berani.

Selain itu, GTZ Enterprise juga mempunyai kekuatan dari segi perniagaan yang dijalankan. Kami memilih konsep perniagaan perkhidmatan dan pembekalan terus kepada pelanggan kami bagi memastikan pelanggan kami bepuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan dengan cepat dan berkualiti. Ini adalah kekuatan syarikat kami yang boleh dikatakan berbeza sedikit dengan pesaing kami.

Kekuatan syarikat kami juga dapat ditonjolkan dengan penggunaan teknologi internet sebagai salah satu strategi pemasaran syarikat kami. Menerusi pemasaran melalui internet kami dapat memperluaskan lagi skop kesedaran pelanggan kami kepada penubuhan syarikat kami. Penggunaan E-mail juga memudahkan kami untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan kami. Sebarang pemasalahan dapat dirujuk kepada kami secara terus dan pantas melalui E-mail.